Cecahkan Dahimu Disejadah...
cecahkan dahimu di sejadah,
bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwudhu' lah kamu sebelum kamu diwudhu'kn
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..
Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yg serba putih
dan
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun org yg hadir itu merintih
selepas itu kamu akan diletak diatas lantai
lalu dilaksanakanlah SOLAT JENAZAH
dgn empat kali takbir dan satu salam
beserta FATIHAH SELAWAT dan DOA
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah
tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup??
apakah solat jenazah yg tanpa ruku' dan sujud
dapat membayar hutang ruku' dan sujudmu yg telah luput??
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian..
justeru kumenyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan makanan ulat
iringlah dirimu kemasjid
sebelum kamu diiringi ke pusara
tangisilah dosa dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dgn panggilan 'Izrail yg menakutkn
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
kerana ia berguna untuk yg tinggal
bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sbelum kamu diistighfarkan
namun...
ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan..
Ingatlah walau dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan(allah)
serta menikmati rezeki tuhan
Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggil kamu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah...
kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu manjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah akan asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam x patuk, itik x sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera di akhirat
Sambutlah seruan "Hayya 'alas solaah
dengan penuh ikhlas rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal falaah
jalan kemenangan,akhirat dan dunia
Ingatla
yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman diperjalanan
Guna kembali ke pangkuan tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta,Takhta dan Putera
Isteri,Kad Kredit dan Kereta
Kondominium,Saham dan Niaga
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia...
Monday, June 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment