Monday, June 8, 2009

Andai kita bisa memahami....

Satu persoalan...
Sempurnakah kita sebagai seorang teman?
atau mungkin seorang kekasih?atau sebagai sahabat setia?..
dan sesekali,kita tidak akan fahan walau satu pn
jiwa seorang insan...
WE have to face reality even it'll hurt our hearts..
do read.and find otu yourself..
REnungkan..hayati..dan fahami..

Jika kamu memancing ikan,setalah ikan itu terlekat dimata kail,hendaklah kamu mengambil
terus ikan itu...jangan lah sesekali kamu melepaskan semula ikan itu ke dalam air begitu sahaja...
kerana ia akan sakit oleh bisa ketajaman mata kailmu..dan mungkin,
ia akan menderita selagi ia masih hidup..
Begitulah juga setelah kamu memberi begitu banyak pengharapan kepada seseorang..

Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air..biarlah berpada..
jangan terlalu kamu mengharap pada takungannya...
dan janganlah menganggap ia terlalu teguh..
cukuplah sekadar keperluanmu..
kerana..
apabila sekali ia retak..tentu sukar untuk kamu menampalnya semula..
akhirnya ia dibuang..sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia
masih boleh digunakan lagi..

Begitulah juga sekiranya kamu memiliki seseorang...
terimalah dia seadanya..jangan lah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa..anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila sekali dia melakukan kesilapan,bukan mudah bagi kamu menerimanya...
akhirnya kamu akan kecewa dan meninggalkannya...
Sedangkan,jika kamu memaafkannya..boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya..

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi..yang kamu pasti is baik untuk dirimu..
halal..mengenyangkan..berkhasiat..
tetapi mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..terlalu ingin
mengejar kelazatan.
kelak,nasi itu akan basi..dan kamu tidak boleh memakannya lagi..
kamu akan menyesal..!!

Dan begitu jugalah andainya kamu telah bertemu dengan seorang insan..
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu..menyayangimu..mengasihimu..
mengapa kamu berlengah,cuba membandingkannyan dengan yang lain..
terlalu mementingkan kesempurnaan...!!

Kelak nanti,kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain...
kamu juga yang akan menyesal...

Akhir kata,
semoga selapas ini,kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain
Insyaallah......
Cecahkan Dahimu Disejadah...

cecahkan dahimu di sejadah,
bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
berwudhu' lah kamu sebelum kamu diwudhu'kn
dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
dengan kain kafan yg serba putih
dan
pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
walaupun org yg hadir itu merintih

selepas itu kamu akan diletak diatas lantai
lalu dilaksanakanlah SOLAT JENAZAH
dgn empat kali takbir dan satu salam
beserta FATIHAH SELAWAT dan DOA
sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah

tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup??
apakah solat jenazah yg tanpa ruku' dan sujud
dapat membayar hutang ruku' dan sujudmu yg telah luput??
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian..

justeru kumenyeru sekalian muslimin dan muslimat
usunglah dirimu ke tikar solat
sebelum kamu diusung ke liang lahad
menjadi makanan cacing dan makanan ulat

iringlah dirimu kemasjid
sebelum kamu diiringi ke pusara
tangisilah dosa dosamu di dunia
kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
dgn panggilan 'Izrail yg menakutkn
berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

kerana ia berguna untuk yg tinggal
bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sbelum kamu diistighfarkan

namun...
ketika itu istighfar tidak dapat menyelamatkan..
Ingatlah walau dimana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan(allah)
serta menikmati rezeki tuhan

Justeru bila Dia menyeru,sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggil kamu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah...
kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu manjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah akan asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam x patuk, itik x sudu

Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera di akhirat

Sambutlah seruan "Hayya 'alas solaah
dengan penuh ikhlas rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal falaah
jalan kemenangan,akhirat dan dunia

Ingatla
yang kekal ialah amal
menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman diperjalanan
Guna kembali ke pangkuan tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta,Takhta dan Putera
Isteri,Kad Kredit dan Kereta
Kondominium,Saham dan Niaga
Kalau dahi tidak mencecah sejadah di dunia...